1. Pendaftaran & Bayaran
– Pendaftaran hanya sah selepas bayaran penuh diterima.
– Bayaran adalah SEKALI SAHAJA untuk setiap pakej (Legasi / Fokus / Starter).
– Tiada pemulangan bayaran (No Refund Policy) selepas pendaftaran disahkan.
2. Jadual Kelas & Bengkel
– Jadual kelas dan bengkel akan ditentukan sepenuhnya oleh pihak Team Konker UPKK.
– Sebarang perubahan masa atau tarikh kelas akan dimaklumkan lebih awal.
– Kelas atau bengkel yang terlepas tidak akan diganti kecuali atas sebab teknikal dari pihak penganjur.
3. Akses Bahan & Rakaman
– Modul, rakaman dan bahan tambahan hanya boleh diakses oleh peserta berdaftar sahaja.
– Semua bahan adalah hak milik Team Konker UPKK dan tidak dibenarkan dikongsi kepada pihak luar.
4. Perlindungan Data & Privasi
– Segala maklumat peserta adalah rahsia dan hanya digunakan untuk urusan program.
5. Penyertaan & Sijil
– Sijil E-Penyertaan hanya diberikan kepada peserta yang menyertai minimum 80% kelas atau bengkel.
6. Sokongan & Komunikasi
– Setiap peserta akan dimasukkan ke dalam grup sokongan rasmi (bagi pakej terpilih).
– Segala komunikasi rasmi hanya melalui saluran yang ditetapkan oleh Team Konker UPKK.
